KEBAJIKAN PERUNIKA PPNG


Penolong Gerakan Negeri JPKR TNB Pulau Pinang S\Major Shamsuddin Ahmad telah menyampaikan Hamper sumbangan daripada PERUNIKA Cawangan Pulau Pinang kepada PKTB Arulanthu Edwin di Pejabat KGN Aras 11 Wisma TNB Jalan Anson Pulau Pinang.
Arulanthu telah di masukan ke wad Hospital advantist Penang akibat sakit tulang belakang dan membuat pembedahan otot yang berlebihan dalam badan.
Kini arul telah pun bertugas seperti biasa di Wisma TNB Pulau Pinang.
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpahan rahmat, taufik serta hidayahNya. Saya menaruh harapan tinggi agar penubuhan Blog ini dapat menyampaikan serta berkongsi maklumat mengenai fungsi serta aktiviti-aktiviti di Jabatan Perkhidmatan Keselamatan & Risikan juga jabatan-jabatan lain di dalam Bahagian Korporat.Kepada semua anggota kerja agar mereka lebih jelas mengenai peranan dan fungsi dalam setiap Jabatan. Sesungguhnya kunci kerja ialah ‘kegembiraan’ di dalam melaksanakan kerja. Kegembiraan akan menimbulkan semangat kerja yang unggul dan berterusan. Jalinan dan jaringan kerja haruslah diikatkan sebagai ikatan kekeluargaan dalam apa jua urusan kerana ianya akan membawa keberkatan dan kejayaan Akhir kata saya berharap agar semua anggota kerja dapat melayari blog ini dan mendapat manfaat daripadanya.
“WE’VE GOT THE POWER-to serve, to deliver, to excel”
Dzahiruddin Hj.Hambali
Ketua Gerakan Negeri
JPKR TNB Pulau Pinang
--------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan