RUMAH TERBAKAR DI PANGSAPURI TNB PPNG
09 Sept 2009- Lebih kurang jam 1800Hrs Blok 9-13-8 Pangsapuri Sungai Ara yang didiami oleh En. Zulkhairi bin Mat Zain No. Pekerja 10072367, seorang Penyelia kenderaan telah terbakar dan mengakibatkan harta benda kepunyaan beliau tidak dapat diselamatkan.
Satu kutipan sumbangan ikhlas kilat telah diadakan bagi meringankan beban beliau.
Masaalah kerosakan pada pili bomba akibat dicuri menyukarkan pasukan bomba untuk memadam kebakaran.
KGN TIBA UNTUK MENINJAU KEADAAN TEMPAT KEJADIAN

COUPLING PADA HOS YANG DICURI
PEMBUKA PILI BOMBA YANG DICURI

KEADAAN RUMAH YANG MUSNAH


3 buah kenderaan yang rosak di bawah pangsapuri yang terbakar

KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpahan rahmat, taufik serta hidayahNya. Saya menaruh harapan tinggi agar penubuhan Blog ini dapat menyampaikan serta berkongsi maklumat mengenai fungsi serta aktiviti-aktiviti di Jabatan Perkhidmatan Keselamatan & Risikan juga jabatan-jabatan lain di dalam Bahagian Korporat.Kepada semua anggota kerja agar mereka lebih jelas mengenai peranan dan fungsi dalam setiap Jabatan. Sesungguhnya kunci kerja ialah ‘kegembiraan’ di dalam melaksanakan kerja. Kegembiraan akan menimbulkan semangat kerja yang unggul dan berterusan. Jalinan dan jaringan kerja haruslah diikatkan sebagai ikatan kekeluargaan dalam apa jua urusan kerana ianya akan membawa keberkatan dan kejayaan Akhir kata saya berharap agar semua anggota kerja dapat melayari blog ini dan mendapat manfaat daripadanya.
“WE’VE GOT THE POWER-to serve, to deliver, to excel”
Dzahiruddin Hj.Hambali
Ketua Gerakan Negeri
JPKR TNB Pulau Pinang
--------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan