JAMUAN HARI RAYA TNB PULAU PINANG



PULAU PINANG - 14hb Okt 2009 Majlis Aidil Fitri peringkat negeri TNB Pulau Pinang telah diadakan di Kuaters TNB Sungai Ara.
Majlis yang bermula daripada awal jam 1100hrs dan berakhir pada jam 1600hrs.
Anggota kerja JPKR telah terlibat sama untuk membuat kawalan lalulintas serta keselamatan pada hari tersebut.
Majlis yang di ketuai oleh Pengurus Besar TNB Pulau Pinang serta Jawatankuasa penganjur telah berjaya diadakan dengan meriahnya.
TYT Negeri Pulau Pinang serta Isteri telah hadir sama di majlis tersebut.
Kehadiran daripada lain-lain Jabatan turut sama meriahkan lagi majlis.
Anak-anak yatim dari beberapa daerah juga turut sama diraikan.
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpahan rahmat, taufik serta hidayahNya. Saya menaruh harapan tinggi agar penubuhan Blog ini dapat menyampaikan serta berkongsi maklumat mengenai fungsi serta aktiviti-aktiviti di Jabatan Perkhidmatan Keselamatan & Risikan juga jabatan-jabatan lain di dalam Bahagian Korporat.Kepada semua anggota kerja agar mereka lebih jelas mengenai peranan dan fungsi dalam setiap Jabatan. Sesungguhnya kunci kerja ialah ‘kegembiraan’ di dalam melaksanakan kerja. Kegembiraan akan menimbulkan semangat kerja yang unggul dan berterusan. Jalinan dan jaringan kerja haruslah diikatkan sebagai ikatan kekeluargaan dalam apa jua urusan kerana ianya akan membawa keberkatan dan kejayaan Akhir kata saya berharap agar semua anggota kerja dapat melayari blog ini dan mendapat manfaat daripadanya.
“WE’VE GOT THE POWER-to serve, to deliver, to excel”
Dzahiruddin Hj.Hambali
Ketua Gerakan Negeri
JPKR TNB Pulau Pinang
--------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan