KURSUS NIOSH





PULAU PINANG - 06 Okt 2009, Kursus Niosh, (NTSP) telah di adakan di Wisma TNB Pulau Pinang.
Seramai 30 orang anggota kerja JPKR Zon Utara telah menghadiri kursus tersebut.
Puan Umi Kalsom bt Osman telah mengendalikan kursus tersebut dari mula hingga ke akhir sesi.
Kursus tersebut didakan bagi tujuan untuk menambahkan pengetahuan anggota kerja JPKR semasa menjalankan tugas dipenempatan masing masing.
Pada hari pertama anggota merasakan sangat berpuas hati tentang apa yang telah diterangkan oleh puan umi dengan harapan agar dapat menjalankan tugas dengan lebih berkeyakinan selepas ini nanti tentang NIOSH.
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpahan rahmat, taufik serta hidayahNya. Saya menaruh harapan tinggi agar penubuhan Blog ini dapat menyampaikan serta berkongsi maklumat mengenai fungsi serta aktiviti-aktiviti di Jabatan Perkhidmatan Keselamatan & Risikan juga jabatan-jabatan lain di dalam Bahagian Korporat.Kepada semua anggota kerja agar mereka lebih jelas mengenai peranan dan fungsi dalam setiap Jabatan. Sesungguhnya kunci kerja ialah ‘kegembiraan’ di dalam melaksanakan kerja. Kegembiraan akan menimbulkan semangat kerja yang unggul dan berterusan. Jalinan dan jaringan kerja haruslah diikatkan sebagai ikatan kekeluargaan dalam apa jua urusan kerana ianya akan membawa keberkatan dan kejayaan Akhir kata saya berharap agar semua anggota kerja dapat melayari blog ini dan mendapat manfaat daripadanya.
“WE’VE GOT THE POWER-to serve, to deliver, to excel”
Dzahiruddin Hj.Hambali
Ketua Gerakan Negeri
JPKR TNB Pulau Pinang
--------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan