MESY ANTARA JPKR & KAWAL WIRAMAS
.JPG)



.JPG)


PULAU PINANG - 27hb Okt 2009, jam 1000hrs Mesyuarat antara Pengurusan JPKR TNB Pulau Pinang dan Syarikat Kawal Wiramas Sdn. Bhd.yang di pengerusikan oleh KGN Tuan Dzahiruddin Hj. Hambali telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 16 Wisma TNB Jalan Anson, Pulau Pinang.
Semua KGT dan Unit Siasatan mewakili JPKR dan pihak Wiramas di wakili oleh GM Tuan Nasir, Pengurus Cawangan dan Pegawai Peronda dari seluruh Pulau Pinang.
KGN juga menyentuh tentang tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk bersama membaiki kelemahan yang ada.
Diakhir mesyuarat satu keputusan perbincangan yang memuaskan hati kedua belah pihak telah didapati buat masa ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1715hrs.
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpahan rahmat, taufik serta hidayahNya. Saya menaruh harapan tinggi agar penubuhan Blog ini dapat menyampaikan serta berkongsi maklumat mengenai fungsi serta aktiviti-aktiviti di Jabatan Perkhidmatan Keselamatan & Risikan juga jabatan-jabatan lain di dalam Bahagian Korporat.Kepada semua anggota kerja agar mereka lebih jelas mengenai peranan dan fungsi dalam setiap Jabatan. Sesungguhnya kunci kerja ialah ‘kegembiraan’ di dalam melaksanakan kerja. Kegembiraan akan menimbulkan semangat kerja yang unggul dan berterusan. Jalinan dan jaringan kerja haruslah diikatkan sebagai ikatan kekeluargaan dalam apa jua urusan kerana ianya akan membawa keberkatan dan kejayaan Akhir kata saya berharap agar semua anggota kerja dapat melayari blog ini dan mendapat manfaat daripadanya.
“WE’VE GOT THE POWER-to serve, to deliver, to excel”
Dzahiruddin Hj.Hambali
Ketua Gerakan Negeri
JPKR TNB Pulau Pinang
--------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan