BADMINTON



Oleh Abd Rahim Mohd YusofRahimyus@tnb.com.myBadminton berentap lagi
PULAU PINANG - PERUNIKA Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan perlawanan badminton pada 08 Ogos 2009 yang bermula dari jam 0900hrs sehingga jam 1100hrs di dewan YMCA Jalan Maclister.
Sebanyak 20 pasukan bergu telah bertanding.
Pengerusi PERUNIKA En.Abd Rahim Mohd Yusof turut serta dalam pertandingan tersebut.
Diakhir perlawanan Ketua Gerakan Negeri JPKR TNB Pulau Pinang Tuan Dzahiruddin Hj Hambali telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpahan rahmat, taufik serta hidayahNya. Saya menaruh harapan tinggi agar penubuhan Blog ini dapat menyampaikan serta berkongsi maklumat mengenai fungsi serta aktiviti-aktiviti di Jabatan Perkhidmatan Keselamatan & Risikan juga jabatan-jabatan lain di dalam Bahagian Korporat.Kepada semua anggota kerja agar mereka lebih jelas mengenai peranan dan fungsi dalam setiap Jabatan. Sesungguhnya kunci kerja ialah ‘kegembiraan’ di dalam melaksanakan kerja. Kegembiraan akan menimbulkan semangat kerja yang unggul dan berterusan. Jalinan dan jaringan kerja haruslah diikatkan sebagai ikatan kekeluargaan dalam apa jua urusan kerana ianya akan membawa keberkatan dan kejayaan Akhir kata saya berharap agar semua anggota kerja dapat melayari blog ini dan mendapat manfaat daripadanya.
“WE’VE GOT THE POWER-to serve, to deliver, to excel”
Dzahiruddin Hj.Hambali
Ketua Gerakan Negeri
JPKR TNB Pulau Pinang
--------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan