PERTANDINGAN BOLASEPAK

PASUKAN KUNING (PULAU PINANG)



PASUKAN PERAK JESSEY BERWARNA MERAH
PESARA EN. IBRAHIM MOHAMED
Oleh Abd Rahim Mohd Yusof
PENGKALAN ULU - 02 Ogos 2009, satu perlawanan bolasepak antara pasukan JPKR Perak dan JPKR Pulau Pinang telah di adakan di padang sekolah Menengah Pengkalan Ulu Perak.
Tujuan perlawanan diadakan adalah untuk meningkatkan lagi prestasi kesihatan anggota disamping dapat mengeratkan lagi perhubungan antara kedua buah negeri disebelah utara Semenanjung Malaysia.
Diakhir pertandingan kemenengan adalah berpihak kepada pasukan JPKR Negeri Pulau Pinang dengan agreget 3 - 2.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan kelab penyokong dikedua dua pasukan yang megambil bahagian.
Kepada Jawatankuasa pasukan Perak diucapkan berbanyak terima kasih selaku tuan rumah yang menguruskan segala persiapan sehingga keakhirnya perlawanan.
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpahan rahmat, taufik serta hidayahNya. Saya menaruh harapan tinggi agar penubuhan Blog ini dapat menyampaikan serta berkongsi maklumat mengenai fungsi serta aktiviti-aktiviti di Jabatan Perkhidmatan Keselamatan & Risikan juga jabatan-jabatan lain di dalam Bahagian Korporat.Kepada semua anggota kerja agar mereka lebih jelas mengenai peranan dan fungsi dalam setiap Jabatan. Sesungguhnya kunci kerja ialah ‘kegembiraan’ di dalam melaksanakan kerja. Kegembiraan akan menimbulkan semangat kerja yang unggul dan berterusan. Jalinan dan jaringan kerja haruslah diikatkan sebagai ikatan kekeluargaan dalam apa jua urusan kerana ianya akan membawa keberkatan dan kejayaan Akhir kata saya berharap agar semua anggota kerja dapat melayari blog ini dan mendapat manfaat daripadanya.
“WE’VE GOT THE POWER-to serve, to deliver, to excel”
Dzahiruddin Hj.Hambali
Ketua Gerakan Negeri
JPKR TNB Pulau Pinang
--------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan